Malaysia harus contohi Presiden Rodrigo dalam perangi dadah









Baru baru ini aku ada terbaca satu artikel bertajuk 'Perang Dadah Duterte berkesan' dalam surat khabar Harian Metro. Aku tertarik dengan artikel itu. Secara ringkasnya, Presiden Filipina Rodrigo Duterte yang memenangi pilihan raya pada Mei lalu telah melaksanakan usaha menghapuskan kegiatan dadah di negaranya.

Sebelum memenangi pilihan raya tersebut, Presiden Rodrigo telah berikrar dalam satu kempen dengan mengatakan "100 000 akan mati dan sebegitu banyak mayat akan dicampakkan di Teluk Manila hingga ikan di dalamnya akan gemuk kerana memakan mayat itu". Maka setelah memenangi pilhan raya tersebut, Presiden Filipina itu menunaikan ikrar yang dibuatnya sebelum ini.

Presiden Rodrigo yang digelar 'The Punisher' itu jugak berkata kepada rakyat yang terlibat dengan dadah itu dengan membuat suatu kenyataan berbunyi "Saya beri amaran kepada kamu. Henti menagih atau mengedar. Saya akan bunuh kamu walaupun kamu polis," Katanya ketika berucap di Manila baru baru ini.

Amarannya itu juga telah membuahkan hasil, apabila seramai 60 000 penagih dan pengedar dadah di Filipina menyerah diri kepada pihak berkuasa negara itu. Polis juga mengesahkan telah membunuh 110 penagih dan pengedar dadah walau bagaimanapun media tempatan mengatakan jumlahnya lebih tinggi, iaitu melebihi 400 orang.

Pada pendapat aku, usaha ini adalah suatu usaha yang boleh dicontohi negara lain terutamanya negara Malaysia. Memandangkan sejak kebelakangan ini, banyak kes yang berkaitan penagihan dadah berlaku di Malaysia

 Antaranya kes, seorang penagih berumur 21 tahun yang mengamuk dan mengerat kaki seorang nenek kerana tidak mahu meberikannya wang. Selain itu, kes terbaru di alor star di mana seorang penagih yang berumur 29 tahun telah mengamuk dan membunuh neneknya kerana tidak memberikannya wang. Menurut bapa saudaranya, pemuda itu memang sering meminta wang dan jika tidak diberikan dia akan mengamuk dan memukul bapanya menyebabkan bapanya terpaksa memberikan juga wang yang diminta. Beberapa bulan yang lalu juga, aku pernah terbaca kes seorang lelaki dalam lingkungan 30 an membakar rumah ibunya. Pemuda itu dikatakan mengalami gangguan mental dan juga seorang penagih dadah. Bagi aku, ketagihan dadahlah yang menyebabkan dia melakukan perbuatan bodoh tersebut sehingga sanggup membakar rumah ibunya sendiri.

Apa yang menyedihkan ialah, penagih dadah tersebut menyusahkan ramai pihak terutamanya keluarganya sendiri. Mereka bukanlah dari golongan yang kaya raya malah kebiasaanya tidak bekerja tetapi masih mahu menagih dadah sedangkan diri sendiri tidak tertanggung. Hal ini menyebabkan mereka menyusahkan ahli keluarga terutamanya ibu bapa mereka sendiri. Melalui kes kes sebelum ini, ada yang ibunya hanya bekerja di kampung, hidup mereka susah tetapi disusahkan lagi oleh si penagih bangsat ini yang sering meminta wang untuk menagih. Sudahlah penagih penagih ini tidak membantu dalam pembangunan negara, malah menjatuhkan imej negara dan mengancam keselamatan orang sekeliling.

Hal ini tidak boleh dipandang remeh, Malaysia patut mencontohi usaha sebegini. Dari bertindak menangkap kemudian melepaskan semula dan mereka kembali menagih. Malaysia bukan sahaja menanggung kerugian untuk kos makanan mereka tetapi juga membuang masa memenuhkan penjara penjara di Malaysia untuk orang orang tidak berguna sebegini. Kes kes samun, membunuh, merompak bermula dari aktiviti menagih dadah. Jika mereka tidak mendapatkan sumber wang mungkin dari ahli keluarga, aktiviti seterusnya ialah menyamun,  membunuh dan sebagainya asalkan dapat membeli benda haram tersebut.

Maka, pada pendapat aku elok rasanya jika kerajaan memberi amaran kepada rakyatnya sebelum membunuh.Beri peluang mereka menyerahkan diri, berubah menjadi seorang yang  lebih'manusia'. Jika mereka masih melakukannya, tindakan membunuh adalah suatu usaha yang terbaik tapi aku pasti jika amaran bunuh diberikan, mungkin orang yang terlibat dengan dadah bakal merasa terancam dan berhenti dari terlibat dengan kegiatan itu. Tetapi jika mereka masih berdegil, tidak mahu menyerah diri, tidak mahu berhenti terlibat, hukuman bunuh adalah yang paling sesuai. Dari menyimpan bangsat ini yang tidak langsung membantu dalam pembangunan malah menyusahkan polis dan kerajaan Malaysia, hukuman bunuh sesuai dengan orang orang sebegitu.

Aku juga sangat salute dengan tindakan Presiden Rodrigo Duterte yang bagi aku seorang yang merendah diri. Beliau hanya mahu dirujuk sebagai 'Presiden' dalam mana mana media komunikasi dan tidak mahu digelar 'Tuan Yang Terutama'. Bahkan, dalam majlis ucapan pertamanya dalam kongres Isnin depan, beliau mengarahkan tetamu memakai pakaian biasa, bukan pakaian mahal atau gaun panjang menjolok mata. "Acara itu akan diadakan secara sederhana. Ia bukan pertunjukan fesyen". Kata jurucakapnya.

Bukan niat aku untuk menyanjung Presiden mahupun negara lain, tetapi sekadar buah pendapat dari aku rakyat marhaen yang mungkin patut difikirkan dan diketengahkan. Aku juga kagum dengan cara pemerintahan Presiden tersebut dalam sesetengah perkara.

Bak kata guruku selalu sewaktu zaman persekolahan, 'pemuda harapan bangsa, pemudi harapan negara'. Moga Malaysia terus maju kehadapan.

Wallahualam.



1 comment:

Anonymous said...

Sands Casino & Resort - Texas holdem - septasino.com
Located within the beautiful Sands Desert, Sands Casino & Resort is 샌즈카지노 a true Texas hold'em located just off Highway 메리트 카지노 고객센터 50. The Desert is home to a AAA worrione Four Diamond