Cara memohon PTPTN kali kedua





Memandangkan musim kemasukan budak budak ijazah akan bermula bulan september ini iaitu bulan depan. Jadi sedikit sebanyak ilmu akan diperturunkan. Muahahaha. Info ini aku peroleh melalui pegawai yang berkhidmat di PTPTN dan juga hasil carian di google. :p


1) Bagi yang ingin memohon PTPTN untuk kali kedua, anda diminta untuk membeli no pin terlebih dahulu di mana mana cawangan BSN di negeri masing masing bernilai RM5.06 termasuk caj GST. Pegi je kat kaunter and cakap nak beli no pin PTPTN. Ada banyak lagi cara, antaranya beli melalui mesin atm bagi pemegang kad atm BSN, beli melalui sms tetapi untuk melalui sms kena ada online banking kalau tak silap. Untuk cara cara membeli pin PTPTN melalui mesin atm dan sms sila tekan sini.


2) Selepas beli no pin tu, bolehlah isi macam biasa. tekan je kat pendaftaran baru. untuk tarikh and masa bayaran tu, masa kita beli no pin PTPTN, kat slip tu dah tulis siap siap so just type balik. Heheh. Kemudian, isi lah apa yang dia nak.Pandai pandai lah ye, Hihi. Tapi kalau ada sebarang masalah boleh lah drop comment korang kat entry ni. Share lah apa masalahnya and mana tau boleh membantu. Hihi


3)Berkenaan penangguhan bayaran balik pembiayaan. Korang perlu download borang penangguhan di sini. Korang kena isi borang tu and bagi yang belum bekerja and tengah tunggu kerja juga pada masa yang sama tak nak sambung belajar dah. Korang kena buat surat pengesahan tidak bekerja pastu hantar ke KWSP untuk buat pengesahan. Maksimum penangguhan bayaran adalah dua tahun. Keterangan lanjut boleh baca kat blog ni  and haaa, lepas buat surat and dapatkan pengesahan, sila hantar ke pihak PTPTN.


Contoh surat pengesahan tidak bekerja:


Hana Binti Hafirul
62-2-3 Desa Pinang,
Lebuh Sungai Ara,
11300 Georgetown,
Pulau Pinang,
Malaysia

PTPTN
Lot G2, Tingkat Bawah,
Wisma Chase Perdana,
Off Jalan Sematan,
Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur
Malaysia                                                                                                             12 Ogos 2016

Tuan,

PENGESAHAN TIDAK BEKERJA

Segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Saya, penama seperti bermaklumat di bawah dengan ini mengakui bahawa saya masih belum mempunyai pekerjaan.

NAMA :  HANA BINTI HAFIRUL
I/C : 960305-xx-xxxx
ALAMAT : 
62-2-3 DESA PINANG, LEBUH SUNGAI ARA,11300 GEORGETOWN, PULAU PINANG MALAYSIA
STATUS : TIDAK BEKERJA

3. Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan.

Yang benar,

____________________________________
(Hana Binti Hafirul)
  960305-xx-xxxx


Saya __________________________________  yang berjawatan ______________________di ___________________________________ mengesahkan bahawa penama berstatus tidak bekerja dan tidak mempunyai pendapatan.

Disahkan oleh,

_______________________
(                                         )                                                                Tarikh : _____________


*dipetik dari blog ini dan yang perenggan bawah tu disahkan oleh pegawai KWSP lah ye, Harap maklum.

4) Bagi yang nak buat penangguhan bayaran, and dah setahun lebih menganggur tup2 dapat tawaran sambung belajar (Cehhh, cakap pasal diri sendiri ni. HAHA) korang tak perlu buat surat pengesahan tidak bekerja just download and isi borang penangguhan yang aku bagitau kat atas tadi tu pastu lampirkan sekali salinan surat tawaran yang telah disahkan pegawai profesional, salinan transkrip yang disahkan & sijil diploma yang disahkan pastu hantar ke pihak PTPTN. okay bereh ? Hihi


5)Aku ada terbaca kat satu laman web mengatakan kalau pinjaman terdahulu bukan ujrah, bermakna korang adalah pemohon konvensional so tak boleh buat penangguhan bayaran balik. Sabar dulu! Aku dah call ptptn sebab aku cuak. masa ptptn surah tukar ke ujrah. aku lupa and tak faham apa tu ujrah Muahaha. Tapi aku dah call pihak PTPTN and pegawai diorang cakap takpe tak kisah pinjaman terdahulu ujrah atau konvensional boleh je buat penangguhan asalkan masih dalam tempoh dua tahun selepas korang tamat belajar. Jadi boleh je buat penangguhan bayaran balik even korang pinjam secara konvensional.


p/s: Setakat ini saja yang nak aku kongsikan. Sebab ini saja yang jadi kemusykilan aku.. HAHA. Rasa macam ada lagi. Tapi ermmm ermmm lupa -.- HAHA. so pape pertanyaan boleh drop comment kot kot boleh membantu ke. sama sama ringankan beban korang kan mana tau. Adios. Doakan aku murah rezeki and selamat daftar di UPM 31/8 ni . macehh :)


10 comments:

Anonymous said...

salam..saya nak tanya say smester 3 baru nak isi ptptn..sebelum ni ad pernah isi tapi xlengkap..so ni isi lagi sekali untuk kemasukan 1/9/2018 sem 3 so dak submit tapi dia ckap kat situ "Anda hanya dibenarkan menghantar permohonan sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tarikh mula pengajian".Mohon penjelasan.

Ibnu Ali said...

Dah keja xleh pinjam ke?

Anonymous said...

ptptn saya di IPTS telah diluluskan, tetapi saya tidak tandatngan pnjanjin lagi, sekarang saya belajar di IPTA, saya nak buat prmohonan baru tak boleh.

Anonymous said...

Kalau tersalah isi yg pertama tu, kene beli no pin baru ke and isi kali kedua.

Unknown said...

saya kurg faham lah hana. tpi sya nk smbung studyyyyy.

Anonymous said...

Boleh tanya yang No akaun SSPN tu ialah No kad siswa ke? Atau Maybank account

Anonymous said...

Dah cari no akaun SSPN, tq

Unknown said...

Hi, nak tanya kalau saya pernah belajar pada peringkat diploma dan ada buat pinjaman ptptn tapi gagal tamatkan pengajian pada SEM3 and sekarang ni saya nak sambung belajar balik pada peringkat yang sama patu nak buat pinjaman ptptn lagi boleh ke? kalau boleh apa process dia?

course saya yang sebelum ni dengan sekarang berbeza.

Anonymous said...

saya pernah buat pinjaman ptptn sebelum ni utk peringkat diploma.. boleh ke saya nak buat pinjaman ptptn untuk saya sambung ke peringkat degree pula..?

Anonymous said...

salam sy tangguh pengajian utk 2 semesta dan setelah sambung pengajian pinjaman ptptn sy telah tamat tempoh @ tamat pembiayaan. macam mana cara untuk mohon ptptn bagi dua semesta lagi.