Aku trauma?




Apa itu Trauma ? Setahu aku trauma ni macam kau terlalu takut selepas sesuatu kejadian yang menakutkan atau mengerikan tak kira secara fizik atau emosi jadi itu apa yang aku faham setakat ni. Tapi setelah aku tanya encik google. Ini yang aku dapat.

Trauma difahamkan sebagai keadaan tubuh yang lemah akibat luka atau disebabkan sesuatu tragedi. Situasi ini memberikan kesan kepada emosi(renjatan emosi). Walaupun tidak menunjukkan tanda secara lahiriah, tetapi gangguan ini menjejaskan perilaku kebiasaan seseorang.Malah jika tidak ditangani, bakal menjejaskan kehidupan seseorang. kebiasaannya individu yang trauma akan merasa gelisah, tak tenteram atau gangguan emosi yang membuat mereka tidak dapat tidur nyenyak selama beberapa hari bagaimana pun gangguan emosi itu kebiasaannya akan berlalu. Itulah yang dikatakan sebagai trauma sementara. Namun harus diingat, ada juga yang berterusan dan malah semakin tidak terkawal seolah kejadian traumatik itu berterusan berlaku. sini

Jadi aku tak sure, aku mengalami trauma itu atau tak. Selepas kejadian semalam, tak dinafikan kami sekeluarga terkesan dengan kejadian tu. Aku fikir, aku saja yang rasa tak boleh tidur selepas kejadian tu tapi rupa rupanya keluarga aku juga mengalami perkara yang sama. Rasa tak tenteram dan seolah olah kejadian itu masih berlaku lagi. Kehadiran seseorang yang tak kita minta, membuatkan hidup dalam ketakutan dan sentiasa berjaga jaga. Paling tak boleh terima, apa apa bunyi yang berkaitan dengan orang tu membuatkan kami sentiasa cuak. Bila kakak aku kata, mungkin kita mengalami trauma. Aku terdiam. ada betulnya jugak.

Tapi aku harap rasa yang menghantui kami ini hanyalah sementara. Bukan apa, aku tak nak terlalu memikirkan kejadian tersebut sehingga memberi kesan kepada kehidupan aku. Tak nak lah sampai menangis nangis duduk hujung katil sebab takut. Hahah! Takut tu mesti ada, sebab kami adik beradik yang tinggal kat rumah semuanya perempuan. Ayah saja lelaki. Siapa lagi pelindung kami kalau bukan ayah ? Tapi ayah pun dah tua, tak mampu rasanya nak pertahankan keempat empat kami. Aku cuma mampu berdoa diberi kekuatan untuk menghadapi ujian ini. Mungkin bagi sesetengah orang ia dianggap remeh, tetapi berat mata memandang berat lagi bahu memikul kan ?Jadi aku cuma mampu berdoa kami sekeluarga diberi kekuatan dan dilindungi Tuhan selalu. Tak tahu nak mengadu pada siapa lagi sebab orang cuma mampu mendengar tapi tak merasa. Jadi aku tak boleh paksa orang lain untuk faham.

Tapi kejadian tu benar benar memberi kesan sehinggakan benda yang tak ada aku ada adakan. Contoh, takde pun bunyi pintu dan sebagainya tetapi disebabkan perasaan takut, tak bunyi apa apa pun aku rasa 'macam' ada bunyi. Bunyi semua tu masih terngiang ngiang di telinga aku. Stress jugak aku. Nak mengeluh tapi aku tak mampu. Sebab, walau macam mana sekalipun aku kena bertahan dan kuat. Tapi tu lah senang cakap tapi tak mudah nak buat. Aku harap sangat semua ni akan berlalu. Aku sendiri yang perlu kuat dan bertahan. Bukan tunggu sesiapa untuk selamatkan aku dari situasi ni, tapi aku sendiri yang perlu bertindak dan selamatkan diri sendiri. Ye lah, hidup ini memang perlu bergantung antara sesama manusia tapi indahnya hidup seorang muslim sebab dia percaya Tuhan tu wujud. Kalau ikut orang kafir, jadi macam cerita dongeng sleeping beauty lah. Tunggu seorang lelaki idaman untuk selamatkan diri dia. Haha!Beza dengan kita, Tuhan tu selalu ada dan aku percaya cuma Tuhan yang boleh selamatkan aku dan aku cuma perlu cuba untuk tetap bertahan dan mencari jalan untuk selamatkan diri sendiri. Wallahualam.

Sekian.

Moga aku diberikan kekuatan, Ya Qawiy!

1 comment:

LeenNajib said...

Salam adik. singgah balik! tq coz visiting me :)