Hana Binti Hafirul
62-2-3 Desa Pinang,
Lebuh
Sungai Ara,
11300 Georgetown,
Pulau
Pinang,
Malaysia
PTPTN
Lot
G2, Tingkat Bawah,
Wisma
Chase Perdana,
Off
Jalan Sematan,
Damansara
Heights,
50490
Kuala Lumpur
Malaysia
12 Ogos 2016
Tuan,
PENGESAHAN TIDAK BEKERJA
Segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Saya, penama seperti bermaklumat di bawah dengan ini mengakui bahawa saya masih belum mempunyai pekerjaan.
NAMA : HANA BINTI HAFIRUL
I/C : 960305-xx-xxxx
ALAMAT : 62-2-3 DESA PINANG, LEBUH SUNGAI ARA,11300 GEORGETOWN, PULAU PINANG MALAYSIA
STATUS
: TIDAK BEKERJA
3. Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan.
Yang benar,
____________________________________
(Hana Binti Hafirul)
960305-xx-xxxx
3. Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan.
Yang benar,
____________________________________
(Hana Binti Hafirul)
960305-xx-xxxx
Saya __________________________________ yang berjawatan ______________________di ___________________________________ mengesahkan bahawa penama berstatus tidak bekerja dan tidak mempunyai pendapatan.
Disahkan oleh,
_______________________
( ) Tarikh : _____________
*dipetik dari blog ini dan yang perenggan bawah tu disahkan oleh pegawai KWSP lah ye, Harap maklum.
4) Bagi yang nak buat penangguhan bayaran, and dah setahun lebih menganggur tup2 dapat tawaran sambung belajar (Cehhh, cakap pasal diri sendiri ni. HAHA) korang tak perlu buat surat pengesahan tidak bekerja just download and isi borang penangguhan yang aku bagitau kat atas tadi tu pastu lampirkan sekali salinan surat tawaran yang telah disahkan pegawai profesional, salinan transkrip yang disahkan & sijil diploma yang disahkan pastu hantar ke pihak PTPTN. okay bereh ? Hihi
5)Aku ada terbaca kat satu laman web mengatakan kalau pinjaman terdahulu bukan ujrah, bermakna korang adalah pemohon konvensional so tak boleh buat penangguhan bayaran balik. Sabar dulu! Aku dah call ptptn sebab aku cuak. masa ptptn surah tukar ke ujrah. aku lupa and tak faham apa tu ujrah Muahaha. Tapi aku dah call pihak PTPTN and pegawai diorang cakap takpe tak kisah pinjaman terdahulu ujrah atau konvensional boleh je buat penangguhan asalkan masih dalam tempoh dua tahun selepas korang tamat belajar. Jadi boleh je buat penangguhan bayaran balik even korang pinjam secara konvensional.
p/s: Setakat ini saja yang nak aku kongsikan. Sebab ini saja yang jadi kemusykilan aku.. HAHA. Rasa macam ada lagi. Tapi ermmm ermmm lupa -.- HAHA. so pape pertanyaan boleh drop comment kot kot boleh membantu ke. sama sama ringankan beban korang kan mana tau. Adios. Doakan aku murah rezeki and selamat daftar di UPM 31/8 ni . macehh :)